Pages

Tuesday, February 12, 2013

Nur Ain (Bahagian 16)

"Saya? " Ustaz Shahrul terkejut. Dia memandang aku. Lalu aku memalingkan muka. Aku berdiri."Kak..Ain minta diri dulu ya...esok Ain kerja.." Aku meminta izin kepada kakak Ustaz Shahrul. Kakak Ustaz Shahrul mengangguk. Perbualan mereka terhenti. "Ibu..ayah..ain balik dulu..." Lalu aku keluar. Ustaz Shahrul menegur. "Ain...biar saya yang hantar.." "Tak perlu, ain dah call teksi.." Balasku tanpa melihat mukanya. Aishah hanya diam membisu. Aku keluar dari rumah. Aku berjalan. Hujan mula turun renyai-renyai. Puas aku berjalan tetapi sebuah teksi tidak kelihatan. Aku memandang langit. Hari semakin gelap. Kedengaran suara dari arah pintu rumah Ustaz Shahrul. Aku segera berlari ke arah pokok. Aku tidak mahu mereka mengetahui aku masih lagi di situ. " Terima kasih Ustaz" Ucap ayah Aishah. "Sama-sama" Balas Ustaz Shahrul. Aku lihat Ustaz Shahrul Tersenyum. Mungkin dia menerima lamaran ayah Aishah. Bisikku. Aku menangis. Aku duduk di bawah pokok. Kereta Aishah telah meninggalkan perkerangan rumah Ustaz Shahrul. Aku duduk dibawah pokok. Aku memeluk kakiku. Hujan semakin lebat. "Ain..." Suatu suara mengejutkan ku. "Ustaz Shahrul..." Kataku dengan perlahan. Ustaz Shahrul sedang memegang payung dan tangan sebelah kirinya juga memegang payung. Dia menghulurkan payung itu kepadaku. Aku terus berdiri. "Terima kasih" Aku tidak menyambut payung itu. Aku berjalan dan terus berjalan. "Ain..." Jerit Ustaz Shahrul. Aku langsung tidak menoleh. Sebuah kereta berhenti di hadapanku. Aku lihat Hafiz keluar dari kereta dan mendapatkanku. Dia menyuruh aku masuk ke dalam kereta. Aku berpaling ke arah Ustaz Shahrul. Dia hanya memandang. Di dalam kereta, Hafiz tanya bermacam soalan tetapi tiada satu jawapan yang aku berikan kepadanya. Aku hanya menangis.

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment