Pages

Tuesday, February 12, 2013

Nur Ain (Bahagian 17)

"Ain...kita dah sampai." Kata Hafiz. Aku membuka pintu kereta dengan perlahan. "Terima kasih Hafiz" Aku senyum. Senyumanku tawar. "Ain...kenapa ni? Tanya Hafiz lagi. "Hafiz..esok Ain nak jumpa dengan Ibu Hafiz..Ain datang selepas zohor ye" Jawabku."Okey..nanti Hafiz beritahu Ibu.." Kata Hafiz sedikit teruja. Aku lihat Hafiz gembira. Ya, sudah lama aku tidak bertemu dengan Ibu Hafiz. Peristiwa tadi telah menyakinkan lagi keputusanku.

"Assalamualaikum..." Aku memberi salam tetapi tiada suara kedengaran menyambut salamku. Sunyi sepi. "Eh..tiada orang ke? tapi aku dah beritahu Hafiz aku nak datang." Bisikku dalam hati. Beep...beep....beep...lantas handset aku berbunyi. Satu mesej diterima.....

Assalamualaikum...Nur Ain..
Maaf...
Hafiz dan Ibu  tak da kat rumah..

"La...kenapa tak beritahu awal" Geram aku. Tiba-tiba kepalaku terasa sakit. Aku masih ingat lagi pesanan doktor tempoh hari. "Ish..tak kanlah sakit kepala kena jumpa doktor, kalau makan panadol, sekejap hilanglah sakit ni, buang masa doktor je nak rawat pesakit macam aku ni yang sakit kepala je" Aku ketawa kecil.

Aku terus ke farmasi. "Dik, nak panadol" pinta aku kepada seorang pekerja di dalam farmasi itu. Semasa keluar dari farmasi, aku hampir terlanggar bahu dengan seorang lelaki tetapi nasib baik dia sempat mengelak. "Maaf.." Kata aku sambil menunduk kepalaku." Ain..." Panggil lelaki itu. "Eh, Aqil..." Jawabku terkejut. Sudah lama aku tidak bertemu dengan Aqil. Aqil adalah kawan sekelasku semasa di maktab perguruan dulu. Dia banyak menolongku ketika aku blur dalam membuat tugasan. Aku masih ingat lagi, seminggu lagi assignment yang mesti dihantar kepada lecturer tetapi aku lansung tidak buat apa-apa lagi kerana aku diserang demam panas, Aqil yang berusaha menyiapkannya.

"Ain...Aqil minta maaf.." Kata Aqil sambil menggenggam erat sebuah Al-Quran kecil ditangannya. "Maaf? Untuk apa? " Balasku. Aku hairan. Baru bertemu setelah bertahun lamanya tidak berjumpa, Aqil meminta maaf ?. Aqil agak terkejut melihat reaksiku. "Ermm...Aishah tak beritahu apa-apa ke pada Ain? " Tanya Aqil. "Beitahu apa?" Balasku pantas. " Sebenarnya...." Kata Aqil tetapi tidak sempat Aqil menhabiskan percakapannya, telefon aku berbunyi. "Assalamualaikum...Ain kat mana? " Tanya Hafiz cemas. Nadanya seperti seakan-akan mahu menangis. "Waalaikummussalam...Ain kat farmasi..." Balasku. "Kenapa Hafiz?...Apa??..." Aku terkejut.

Bersambung......

2 comments: