Pages

Monday, February 4, 2013

KU TUJU INI BUATMU

Ku tuju ini buatmu..
Kerana sayang yang mendalam, aku kuatkan diri menahan nafsu cinta, aku pertahankan hubungan kita dengan keterbatasan dan kesederhanaan, aku lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu, aku hormati izzah dan kehormatan dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu.

Ku tahu ini berat buat kita, tidak seperti pasangan kekasih lain dengan bermanja, gurau senda, dan luahkan sayang dengan sentuhan. Aku tidak mahu hubungan kita dimurkai dan hilang seri bahagia kerana semua itu.

Aku juga takut kelak walaupun bersama, anak-anak kita jadi mangsa tidak diberkati kerana dosa kita masa bercinta dan menjalin hubungan mesra sebelum dahului akad pada syariatnya..

Allah…
Aku lemah tanpa kekuatan darimu, fitrahku dan dirinya ingin berkasih sayang, tunjukkanlah kami jalan.. Bukakanlah pintu hati ibu bapa untuk menerima anaknya ini ingin menikah, bukakanlah pintu rezeki untuk dipermudahkan segala urusan duniawi, dan bukakanlah pintu ilmu yang bermanfaat agar dengannya dapat kami meneguhkan cinta kami, memperhebatkan ibadah, dan terus menjunjung cinta tertinggi hanya padaMU Illahi.

Rahmati segala tekad dan nekad kami Ya Allah :'(

Jika dirimu baca di sini, aku ingin katakan yang sayangku tak pernah berubah tetapi bertambah.. Aku ingin mesra bermanja sehingga dirimu terkejut itu adalah diriku! TETAPI pada hari bahagia kita. Aku yakin dirimu juga ingin begitu. :')


c&p (^_^)

 

No comments:

Post a Comment