Pages

Friday, October 26, 2012

TANGISAN DIA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...baru balik dari masjid dan rumah sedare..bergema takbir ni pagi wat hati ain sangat2 sayu..ok2..nangis sekejap mengingati arwah ayah yang telah lama pergi...sebelum ni seorang adik junior tanye kat ain pasal pemergian arwah...ain pun tak suka nak becerita perkara2 sedih ni..ain just suh dia tengok satu video yang mengisahkan tentang pemergian arwah...dia senyap tanpa berkata ape2 dan terus menangis...dia terus mencerita bahawa ibunya yang tersayang sudah mengadap ILAHI 2 tahun yang lepas...katanya lagi.."saya tak sekuat kak ain"...tabah dan sabar la wahai adik...sesungguhnya yang hidup pasti akan pergi..INSYAALLAH...kiter akan mengikuti jejak langkah mereka juga...cuma kiter tak tahu bila...



selamat hari raya aidiladha

Saturday, October 20, 2012

KEKURANGAN VS KELEBIHAN

Assalamualaikum..

Huk..huk...huk....(batuk....padan muka diri sendiri....sape suh minum ais..heheheh...) batuk pun dah lame walaupun tak kuat batuknya...cuma batuk2 manje je....hehehehe...korang ade mase ke nak baca cerita ain ni...(ade ke yang ziarah blog ain ni...hehehehe....)...ain nak cerita pasal kekurangan..setiap orang ada kekurangan...dan ain pun ada kekurangannya..memang tak dinafikan bila kiter tengok kekurangan kat orang lain..memang buruk la...sampai tahap menyampah...eeeiii...rasa nak marah...rasa tak nak layan..dan menjauhkan diri dengan orang 2...rasa macam2 la...tapi sampai bila kan....sebab kekurangan tu tak akan berpisah dalam diri manusia tu sendiri..tapi kiter xpernah terpikir ke...selalu tengok kekurangan orang lain....tapi tak pernah tengok kekurangan kiter sendiri...adeh...ce kiter pikir jap...orang yang kiter anggap ade kekurangan tu boleh terima kekurangan kiter...kenapa kiter tak dapat terima kekurangan dia...ain rasa orang yang dapat menerima kekurangan orang lain dan pada sama dia pun punya banyak kekurangan juga adalah orang yang paling hebat...(^_^)...kiter muhasabah diri ye...kiter ni sape nak kira kekurangan orang..kiter ni sape nak hukum kekurangan orang..manusia tu tak ade yang sempurna pun...so jangan la nak bangga diri ok...(^_^)..smile....




Sunday, October 14, 2012

Nur Ain (Bahagian 10)

"Aishah.." Panggil ku sambil mengetuk pintu biliknya. Lalu Aishah membuka pintu. Aku lihat di tangannya ada sebuah beg bagasi. "Aishah nak pergi mana? " Tanya aku. Aku memandang mukanya tetapi Aishah tidak menghiraukan ku sama sekali. Aishah terus menuju ke keretanya. Aku berlari mendapatkan Aishah. "Aishah..kenapa ni?..kenapa Aishah macam ni..?...Ain ada buat salah ke?.." Aku memegang tangannya. Pada masa itu aku tidak mampu menahan air mata terus jatuh daripada tubir mataku. Aishah tetap diam membisu. Tiada sepatah kata pun keluar daripada mulutnya. Dia memasukkan beg bagasinya ke dalam bonet. "Aishah...kalau Ain ada buat salah dengan Aishah..Aishah bagi tahu Ain..." Aku terus merayu dengannya. Tetapi rayuanku tidak diendahkanya. Dia terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin lalu berlalu pergi. Aku sempat mengetuk tingkap keretanya sehingga aku jatuh tersembam ke atas tanah. Aku kira Aishah akan memberhentikan keretanya setelah melihat aku terjatuh tetapi aku melihat dia terus memecut laju keretanya. Aku rasa ada cecair panas keluar daripada dahiku. Terasa begitu pedih. Lalu aku kesat cecair itu dengan tudungku. "Ya Allah..darah.!.." Aku terkejut. Dunia menjadi gelap.
Aku membuka mata. Kepalaku terasa sangat sakit. Aku pegang kepalaku dan aku cuba bangun. "Nur Ain..tak boleh bangun..." Kata Ustaz Shahrul. "Ustaz? " balasku. "Macam mana saya boleh ada di sini?.. kenapa Ustaz ada disini? Aishah mana?" Tanya Aku sambil memegang kepala. Kepala ku terasa sangat sakit dan pening.  Ustaz Shahrul hanya tersenyum. "Banyaknya soalan Nur Ain..saya jawab satu-satu dulu ye.." Aku mengangguk dan merebahkan semula badanku. " Pagi tadi saya jumpa Nur Ain depan pagar, Ain tak sedarkan diri..jadi saya minta tolong jiran Ain makcik Habsah dan anaknya dukung Ain ke dalan kereta, Aishah pula saya tak tahu.." Kata Ustaz Shahrul lalu menghulurkan segelas air kepadaku. "Terima kasih Ustaz." Gelas bertukar tangan. "Sama-sama Nur Ain.." Ustaz Shahrul hanya tersenyum. "Nur Ain..rehat ye...saya nak balik dulu..petang nanti saya datang lagi ye..." Ustaz Shahrul mengambil gelas daripada tanganku dan terus bangun dari tempat duduknya. Aku hanya mengangguk tanda memahami apa yang dikata olehnya. Aku memerhati sahaja gerak gerinya. Sedang dia hendak keluar daripada bilik. Aku memanggilnya. " Ustaz...!!..". Dia memaling muka ke arahku lalu berkata " Ya Nur Ain..". Dia senyum. " Ustaz ada masalah dengan Aishah ke? " Tanyaku. "Aishah?.." Dia mengerutkan dahinya. Aku lihat mukanya seperti dia tidak tahu apa-apa. "Assalamualaikum..." Hafiz memberi salam.

Bersambung....

Saturday, October 13, 2012

JODOH ITU TERLALU RAHSIA



Jodoh itu terlalu rahsia..

Siapakah dia? 

 Dia yang setia menadah telinga mendengar aku membebel..

 Dia gembira membuka matanya menemanku tatkala mataku tidak boleh pejam..

 Dia ikhlas memberikan pinjam bahunya tatkala aku penat memikirkan urusan harian..

 Dia  memeluk ku  tatkala aku sedang bersedih..

 Dia selalu memberi kata semangat tatkala aku mengeluh dengan tugasku..

 Dia memupunyai tangan  yang ringan menyuap makanan ketika aku sakit...

 Dia berusaha mencari rezeki untuk kebahagian aku...

Dia tidak pernah lupa aku dalam doanya...

Janjinya padaku untuk bawa aku bersama-sama berpimpin tangan menuju ke syurga...

Nukilan : ain kaherah


Assalamualaikum...

Hehehe....merepek je ain ni kan?..ok2 lupakan kata2 merepek kat atas ni..baru2 ni ain pergi menziarahi tempat kerja ain dulu...nak tau kat mana?..ce teka...(^_^)...kat tadika al-munawwarah.....dulu pernah jadi pembantu kat tadika 2...dok layan karenah budak2 tadika yang manje+nakal...sekarang rasa rindu lak dengan kemanjaan dan kenakalan diorang..hehehehe....ain suka dengan budak2 yang comel2 ni...(^_^)..

Adham.....Ain....Adib....(^_^)







Saturday, October 6, 2012

AKU SAYANG DIA KERANA ALLAH

Assalamualaikum..

Beliau seorang anak lelaki sulung di dalam sebuah keluarga, seorang yang mempunyai peribadi yang cemerlang dan juga seorang yang sangat kelakar, sesiapa sahaja akan berasa selesa jika mendekatinya dengan sikap rendah dirinya dan kesopanannya menghormati sesiapa sahaja..tidak kira tua atau muda...ada satu sifat yang ain kagum sangat2...beliau sedikit pun tidak mahu menyusahkan sesiapa hatta dengan keluarganya, dalam sibuk orang belajar mengejar pointer, beliau sibuk kerja untuk menampung perbelanjaan beliau di universiti, pernah diceritakan semasa belajar..beliau bekerja di sebuah kedai makan..upahnya hanya sepinggan nasi...beliau memilih untuk makan hampir malam supaya beliau tidak lapar pada malamnya dan bertahan sehingga esok, sangat tersentuh dengan cerita beliau, banyak sangat kesusahan dan kepayahan beliau alami, rasa kagum sangat apabila beliau mendapat ijazah kelas pertama dengan kepujian, setiap semester beliau mendapat senarai dekan, ain sering tertanya bagaimana beliau dapat mengimbangkan pelajarannya dengan kerjanya, kerjanya bukan satu kerja beliau lakukan tetapi banyak kerja..asalkan beliau tidak menyusahkan keluarganya, lagi satu sifatnya yang buat ain cukup kagum, setiap kali beliau hendak melakukan perkara penting, beliau akan telefon bondanya..minta doa dan restu si ibu, sebelum masuk dewan peperiksaan..beliau akan telefon mak walaupun masa tu semua dipinta masuk ke dalam dewan..tiada orang lain yang beliau ingat melainkan mak, nak masuk pertandingan pun beliau akan telefon mak dulu, apa2 pun beliau akan telefon mak dulu, apabila mak ada dengan beliau bersama2 kawan2nya..beliau tidak langsung segan memperkenalkan maknya, malah berbangga sangat2, Alhamdulillah...hari ni beliau berjaya dalam temuduga mendapat lesen kaunselor, syukur sangat2 dan call beliau tadi wish tahniah..sebelum call beliau..call mak dulu..mak cerita...tadi beliau call mak..sebelum nak masuk bilik temuduga..masa itu beliau orang yang kelima..saat beliau call mak...tiga orang telah ditemuduga..tetapi sempat beliau memikirkan mak dan memohon doa daripada mak...bertuahnya orang memiliki anak sepertinya...yang tidak pernah lupa maknya..tidak pernah lupa adik beradiknya..yang tidak pernah lupa arwah ayahnya...kami semua tidak pernah dilupakan dalam doanya..beliau adalah contoh terbaik buatku...beliau adalah abangku yang tercinta.. <3 (^_^)

"YA ALLAH..ENGKAU AMPUNILAH DOSA2NYA..KAU PANJANGKANLAH UMURNYA...KAU LINDUNGILAHNYA..KAU KUATKANLAH SEMANGAT...KAU MASUKKANLAH ABANGKU KEDALAM SYURGAMU...SESUNGGGUHNYA AKU SANGAT SAYANG KEPADANYA... "


mak dan abang (^_^) <3

suka sangat mengikuti perkembangan blog dia... dan tak sangka gak abang ain ni pun mengikut perkembangan blog ain...hehehehe...

ni blog abang ain... http://ataullahanas.blogspot.com/

Tiada abang sebaik dia dan paling terbaik dalam dunia melainkan dia... (^_^)

Pesanan ain pada abang ain:
#jangan pernah rasa putus asa...
#jangan hiraukan pandangan orang lain kerana pandangan ALLAH itu lebih bermakna..
#selalu ceria2...
#ingatlah..setiap dugaan itu ada ganjarannya dan dugaan itu adalah kasih sayang ALLAh pada kita..
#jangan risau...dan bersedih...kerana ALLAH bersama dengan kita..
#jika kita rasa dekat dengan ALLAH..kita tak akan pernah rasa kecewa..
#kuatkan semangat....(^_^)


ABANG...ABI...

Isteri sedang memakaikan bakaian bayinya yg baru siap dimandikan sambil diperhatikan oleh si suami.

Suami: syg, abg x pernah lg mandikan & pakaikan pakaian kt beby ni walaupun dah 1 bulan umurnya, masa kakak kecik blum 3 minggu abg dah selalu mandikan, kan syg?? (sambil memandang kearah anak sulung mereka yg baru berumur 2 tahun)

Isteri: abg nk test ke? esok ye... jgn lupa pulak.. hehee..

tiba2... Abi... adik nak mandi la... temankan boleh? (pinta anak sulungnya)

Isteri: haa.. tu kakak da ajak teman dia mandi, cepat lah abi..

Suami: syg,, boleh x syg x payah pggil 'Abi' kt abg?? walaupun depan anak2...

Isteri: boleh.. tapi kenapa pulak ek??

Suami: abg rasa jauh la dgn syg kalau syg pggl 'abi' x romantik pulak 2 bunyi nya, mcm anak je... hehee...

Isteri: ooo,, sebab 2 je... ok lah abg syg,,, hehe...

Anak: (jerit) cepat la abg!! adik nak mandi ni!! aa..aa..

Isteri: haa.. tgok la 2, anak pun pggl abg jugak kalau dia dgr syg sbut abg...

Suami: hehee.... ok jom adik kita mandi, adik jgn pggl 'abg'... pggl 'abi' tau...

Anak: Emm... abi....

hehee....


C&P (^_^)

Tuesday, October 2, 2012

GURAUAN YANG TERKAHIR

Mesej saya&awak

Awak : A


Saya : B


Awak : C


Saya : D


Awak :E


Saya :F


Awak :G


Saya :H


Awak :I


Saya :J


Awak :K


Saya :L


Awak :M


Saya :N


Awak :O


Saya :P


Awak :Q


Saya :R


Awak :S


Saya :T


Awak :U


Saya :V


Awak :W


Saya :X


Awak :Y


Saya :Z

Teringat masa bergurau dengan awak..walaupun merapu je dan walaupun mesej2 cam 2 tapi dah wat saya tersenyum..hehehe...(^_^)

Mesej saya&awak (gurauan yang terakhir)


Saya : Ooo..


Awak :Oreo..(^_~)


Saya :Cipsmore..(^_^)


Awak :Tiger..(^_~)


Saya : Jeli..(^_^)


Awak :Geli..(^_~)


Saya :Beli..(^_^)

Gurauan pagi tu..kali terakhir saya senyum..(-_-)


#Dah2 ain...jangan dikenang perkara yang lepas...hapuskan air matamu...orang dah tak sudi dengan ain...hapuskan air matamu...Allah dah tentukan yang tebaik untuk ain...ok ain...?...be happy ye...smile....(^_________________^) <-----senyuman ni pun dah wat teringat kat dia...macam ne la ni...#

eeeiii tangan sape 2...sebok je member ain ni.....(^_^)







CINTAKU KERANA AGAMAMU

Assalamualaikum...

Hari ni asyik mengantok je..sampai tertido kat surau....yela dah puas nangis semalam...sebab 2 mata rasa tak selesa..tapi ape2 pun ain kena kuat..Alhamdulillah...Allah kurniakan sebuah ketabahan dan ketenangan dalam diri ain...ain boleh berhadapan dengan dia...(^_^)..ain cuba senyum...cuba jugak ketawa...tapi jujur ain kata..senyum dan gelak ketawa tak dapat nak tutup rasa sedih ain....(-_-)....rasa terluka ain...mungkin ain perlu masa untuk menjadi lebih kuat..(^_^)..hehehe.....(masa! saya perlukan awak...hohoho..)...ok la...ain nak bagi tau...buku pertama ain untuk sem ni...(setiap sem mesti ain beli buku...tapi ada satu buku yang ain tak akan lupa iaitu pemberian dari seseorang...sweet..tapi tu semua tinggal kenangan...opppsss...ain dah simpan buku tu...tak nak tengok...sebab takut nanti nangis lagi...ain kan kuat nangis...hehehehe..).......ok kembali pada cerita tadi...ain beli buku karya daripada fatimah syarha & Dr farhan hadi..(..wah..name yang best la...nanti kalau dapat anak buah lagi...ain nak suggest name diorang ni la...hehehe...)...(^_^)..tak baca lagi buku ni...kejap2 lagi nak baca la...baca sebelum tido....tak sabar rasanya nak baca...(^_~)

ni la buku 2... (^_^)

Monday, October 1, 2012

MENANGISLAH

Assalamualaikum..

Hari pertama 2/10/2012 6.29 a.m

(^_^) Ok senyum dulu...Alhamdulillah...Hati semakin kuat untuk menghadapi hari ni...pagi ni subjek tak bape suka...tapi kena suka gak....ape2 pun ain usaha..doa...dan tawakkal...(^_~)...hehehe...ok sebenarnye mata dah bengkak sebab menangis puas2...lepaskan semua di hati..akhir semua dah lega...segala puji bagi ALLAH...Hari ni dah tak nak toleh ke belakang tapi masih membawa hikmah yang semalam..(^_^)...Pas ni kena banyak muhasabah diri supaya hati boleh semakin kuat....hohohoho....erk..pagi ni tiba2 je rase rindu kat ayah...kalau ayah masih hidup mesti dia marah kat orang yang dah wat anak dia terluka...( babab nanti....hehehehe...)...ain  bersyukur..ALLAH bagi dugaan yang banyak kat pada satu masa...dugaan family...dugaan assignment...dugaan kemiskinan..dugaan perasaan..dugaan kurang keyakinan...banyak lagi...hmmm..berat sangat...tapi ain percaya dengan firmanNYA...

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.


“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.


“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45
 

::Ain cuba tersenyum..walaupun ain bukan jenis 'penyenyum'..HEHEHEHE...::

AKU BUKAN BONEKA

Assalamualaikum..

Tak hampir lagi setahun....tapi sudah terlerai....(-_-)...banyak sangat dah catit dalam buku ape nak wat...time befday ape nak bagi dan banyak lagi...nampaknya ain kene beli byk pemadam untuk padam semua 2...(-_-)...ain padam satu2 sambil nangis...(teruk kan ain ni...ade cket masalah je..mudah nak nangis...) ain harap ni cume mimpi..bila bangun esok..keadaan macam biasa...tapi tak mungkin lak kan...ape2 pun ain terima dengan hati yang redha dn ikhlas...ain tau ALLAH dah rancang untuk ain...dan sebaik2 perancang adalah DIA...

Untukmu..

Aku merayu...
Aku bukan boneka...
Yang tak punya hati...
Yang bisa kau jadikan aku seperti mainanmu..
Dikala kau mahu bermain...
Kau pegang aku...
Kau sikat rambutku..
Kau peluk aku erat...

Tetapi...Aku mahu kau tahu..

Aku manusia..
Aku punya hati..
Yang bisa memahami...
Jadi layan aku seperti seorang manusia...

Nukilan: Kaherah@ain


Ain dah penat nak menangis...InsyaAllah..ain kuat untuk terima dan menghadapinya...Sesiapa yang baca post ain ni...harap doakan ain ye....(-_-)