Pages

Monday, March 12, 2012

BUKU LALI

Dia: Awak..saya beli buku untuk awak la...
Saya: Buku ape?
Dia:Buku lali...kihkihkih...
Saya: ish...(kurang asam...)

Hehehe...ni dialog aku ngan 'seseorang'...aku tak leh lupe...bila ingat je mesti nak tergelak...dia ni pandai je wat kelakar spontan..dan selalu kene kan aku....kadang2 geram gak...tapi aku hepi (^_^) okey2...behenti citer sal dia...baru2 ni aku de beli buku guna baucar yang terakhir..hehehe...puas gak nak pilih buku2 yang terbaik..dan yang berkenan dihati...akhirnya jumpa...huhuhu...^_^


Ni buku pertama aku pilih....^_^..best buku ni...



Hehehe...ni buku kedua...best buku ni...mula2 baca aku dah tepikat..(bukan tepikat kat penulis buku 2 ye...kihkihkih)



Yang ni buku ketiga....kihkihkih....nak cube didik diri...^_^



Buku yang terakhir.....^_^ cube untuk amalkan...

::saya memang giler buku ^_^::

Thursday, March 8, 2012

NASIHAT YANG TIDAK TERNILAI

Assalamualaikum....sebelum ni ain pernah tanya dia pasal hati ain tak tenang...
macam nak wat hati terima takdir ALLAH...sekian lama ain hantar mesej 2...dan hari ni baru dia balas.....nasihat2  dia cukup buat ain tersedar daripada lamunan ain..ain baca mesej dia sambil nangis....nasihat2 dia cukup terkesan dihati ain,....ni nasihat yang tidak ternilai..

nak buat hati kita jadi lembut dan mudah terima takdir Allah..banyak caranya,antara caranya ialah:-
*Ain kena bnyk muhasabah diri dengan Allah dan manusia,tanya diri kita sndri,bagaimana hubungan aku dengan Allah sekarang??adakah semakin bertambah dekat atau bertambah jauh??sekirannya Ain rasa bertambah jauh,maka dekatkanlah diri Ain kepadaNya dengan bertaubat..perbanyakkan buat solat taubat,sekurang2nya sehari 1x..dan setelah itu Ain tny diri Ain,adakah aku pernah membuat org marah kpdku?adakah aku kasihkan kpd saudara seislam lebih aku kasih drpd diriku??adakah setiap pergerakan dan percakapan aku ini pernah membuat mereka terguris??maka Ain perlulah minta maaf pd org yg ain rase pernah buat salah..jadilah seorang yg pemaaf..InsyaAllah kita akan jadi org sentiasa menerima takdir Allah..

*Perbanyakkanlah membaca Al-quran berserta tadabur maknanya,qiyamullail,berzikir dan berselawat..kerana semua perkara2 itu dapat menenangkan hati kita dan juga melembutkan hati kita...


*banyakkan bersyukur kpd Allah dengan nikmat yg bnyk ia berikan kpd kita,samada nikmat secara kita sedari ataupun tidak kita sedari..


Ana boleh bagitahu je ain,yg selebihnya Ain sendirilah kena buat dan amal berserta dengan istiqamah..InsyaAllah berhasil..
Ana doakan semoga Ain dapat menjadi seorang wanita yg beriman kpd Allah dan RasulNya dan menjadi wanita yg solehah..Amin..

::Terima kasih atas nasihatmu wahai sahabatku::









 

Wednesday, March 7, 2012

PERGI DAN TAK AKAN KEMBALI LAGI

Assalamualaikum...memang sedih sangat bila kita dapat tahu orang yang kita sayang pergi buat selama2nya..yep memang betul setiap yang hidup pasti akan mati...yang bezanya cepat atau lambat...dan tak kira muda ataupun dah tua...ape yang aku nak citer kat sini...semalam...member aku dapat tahu.."pakwe" dia telah meninggal dunia...dia menangis...dia citer kat kitorang...dia dah 3 minggu tak contact "pakwe" dia 2...dia cube hantar mesej dan kol tapi tak dibalas...dan dia tergerak hati nak tengok facebook "pakwe" dia...mula2 dia kate dia tak pecaye...bila diteliti dan puas tanya kawan2@saudara terdekat "pakwe" dia baru la dia pecaye...dia kate dia teringat setiap janji manis "pakwe" dia...dan aku hanya mendengar ...ade 1 perkataan kuar daripada mulut member aku yang turut mendengar..."dah tak de jodoh"...perrghhh aku rase cam tersedar je....setiap apa yang kita rancang 2 kadang2 tak akan sama dengan perancangan yang DIATAS..bersedialah dan terimalah setiap ape yang telah diatur olehNYA..DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..jangan cuba pertikaikan..(^_^)..aku akhiri post aku kali dengan sebuat kata2...."aku akan cuba buat yang terbaik untuk orang yang aku sayang, aku harap sangat aku pergi dulu sebelum dia"


::saya tak tahu awak jodoh saya ke bukan jodoh saya tetapi saya tetap akan buat awak gembira::

RINDU SANGAT2..

Assalamualaikum...tiba2 petang macam ni aku teringat kat seseorang...seseorang yang dah lama pergi dalam hidup aku...rindu sangat.(-_-)..nak cerita kat orang rasa rindu aku ni...rase2 sape nak dengar?....tak de sape kot nak dengar...(-_-)...sume wat hal masing2..ade kehidupan sendiri...ade masalah sendiri.....oppppsss...aku bukan nak menagih simpati or nak buat2 kecian sebab 2 bukan la diri aku ok...huhuhu...ramai yang kate aku aku nasib baik lagi...mase aku ditinggalkan...aku tak kenal erti sayang dan cinta...tak macam orang lain...ade yang kene tinggal mase diorang dah kenal ape 2 sayang...ape 2 cinta...ape 2 sakit bila ditinggalkan....bila korang cakap cam 2 aku rase pedih sangat2....ade satu bahagian dalam diri aku rase pedih sangat2...aku berusaha jaga satu bahagian 2 supaya tak akan disakiti, dicalari dan ape2 yang boleh buat satu bahagian 2 menangis...korang nak tau ape dia satu bahagian 2...satu bahagian 2 adalah HATI..korang ade hati tak?....kalau korang ade hati korang mesti tau rase sakitnya dan pedihnya hati bila hati itu disakiti..tapi korang cakap macam korang tak de HATI..maaf kalau bahasa aku agak kasar....jujur aku cakap...aku mampu tahan bila bahagian lain kat badan aku sakit....tapi aku tak mampu tahan bila HATI aku sakit....yep....tatkala korang cakap cam 2 aku senyum...tapi HATI aku tak....ia menangis....bila ia menangis aku cube pujuk....sebab kalau dia terus menangis...aku tak mampu nak berdiri lagi...(-_-)...korang boleh cakap ape2 pun...korang boleh kate ape saje....sebab aku dah set HATI aku..HATI aku mampu menahan tangisnya tapi jangan korang berbicara soal perkara yang korang tidak pernah merasai...pasti HATI aku akan meledak tangisnya...susah untuk aku memujuknya..aku peringatkan kat korang jangan sesekali korang becakap hal yang tak pernah belaku pada diri korang..(-_-)...seorang ayah yang telah pergi buat selama2nya...(-_-)

korang tak pernah rase ape aku rase dan korang selalu mengeluh tentang ayah korang...ce kiter bandingkan korang dengan aku?

korang dapat kasih sayang ayah korang mase korang kecik sampai sekarang...tapi aku sampai umo 4 tahun je...

korang mase kecik...korang tunggu ayah korang depan pintu umah kan....macam2 korang nak cerita kat dia...tapi aku hanya menunggu dan terus menunggu....aku tau ayah tak akn muncul..

korang mase sekolah dulu...bila dapat result best2...menang dalam ape2 pertandingan...ayah korang datang....mesti korang bangga..tapi aku tak...ayah tak akn datang...aku hanya mampu melihat korang bergambar dan gelak ketawa dengan mereka...

korang dapat peluk ayah korang bila korang berjaya...mase korang gembira..tak kisah dalam ape2 perkara sekalipun...tapi aku x..aku hanya dapat memeluk gambarnya sahaja...


Apa lagi korang keluhkan lagi?tak kan ayah korang marah korang...korang dah benci dia...tak kan ayah korang lambat masukkan duit...korang dah merajuk...korang mesti mengerti..dia juga tidak sempurna...dia berusaha nak jadi sempurna dimata korang....korang tak nampak ke?...kalau korang nak nampak usaha dia macam mane..korang tengok diri korang sekarang...kat mana korang berada..hmmm...hargailah ayah korang selagi dia masih hidup...jangan hal kecik leh wat korang menyesal seumur hidup dan bersyukurlah korang tak seperti aku....


 :: Sayang ayah sampai ke syurga... ::

Thursday, February 23, 2012

SubhanALLAH!

(Gambar Hiasan)

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Wednesday, February 22, 2012

Cinta Shirah (Part 5)

   "Abang..boleh tak abang janji dengan sayang?" Aku berkata dengan lembut. Lalu aku meramas tangannya. Aku letakkan kepalaku ke dadanya.
   "Janji apa sayang?" Ashraf agak terkejut. Aku mengangkat kepalaku. Aku senyum lalu mencium tangannya. "Janji dengan sayang..bila sayang dah tiada nanti...." Aku tidak sempat menghabis kata-kataku, Ashraf memelukku. "Sayang...kenapa sayang cakap macam tu..abang sayang sangat sayang".
    Aku leraikan pelukkannya. "Abang...janji dengan sayang...abang akan didik anak kita menjadi anak yang solehah ye..". "Kita sama-sama didik anak kita nanti ye...solehah macam ummi dia" Ashraf mencubit pipiku. Aku tersenyum lalu meletak semula kepalaku kedadanya.
    Ashraf terduduk. "Mana anak saya?" kata Ashraf. "Anak Encik Ashraf ada diruangan bayi, mari ikut saya" balas doktor.
  "Sayang buat apa tu?" Ashraf memelukku daripada belakang. "Shirah baca buku ni.." kata aku sambil menunjukkan cover hadapan buku.
    Ashraf melepaskan pelukkanya lalu duduk disisiku. "Oh..buku nama-nama si comel, sayang nak bagi nama apa anak kita nanti?" Tanya Ashraf sambil mengusap perutku. "Fatimah Azzahrah..boleh tak abang?. Tanyaku. "Boleh sayang..." Ashraf mencium pipiku. "Terima kasih abang" aku memeluk Ashraf.
    Ashraf memulas tombol pintu, langkahannya terhenti, dia mengangkat si kecil lalu melaungkan azan ditelinga si kecik itu. "Fatimah Azzahrah..anak abi yang abi sayang......" Ashraf tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Dia terdengar suara memanggilnya. Dia begitu kenal suara itu. Lalu dia menoleh.


Bersambung....

Monday, February 20, 2012

Temuilah wali saya

Temuilah wali saya, ia lebih berharga daripada sejuta kata cinta & segunung harta

Bismillah....

IMAMKU
Tak ku minta butiran permata
Tak juga ku minta berlian di mata
Cukuplah hanya iman & takwa,dalam jiwa raga
Untuk membawaku ke Syurga

IMAMKU
ingin ku titip sedikit ingatan
Supaya dapat dijadikan pedoman
Jadikan Al-qur'an sebagai teman
Agar kelak menjadi haluan

IMAMKU
Tidak ku pinta putra khayangan
Bukan pula Raja hartawan
Namun cukuplah ISLAM menjadi landasan

IMAMKU
Aku tidak sehebat Khadijah
Bukan juga setabah Sarah
Ataupun seteguh Sumayyah
Namun hatiku ingin setia seperti Fatimah
 
 

Friday, February 17, 2012

Exam Result & New Semester

Jalan-jalan jumpa hantu kum kum,
Assalamualaikum....

Alhamdulillah...exam result dah kuar....keputusan yang agak baik...ada peningkatan...walaupun cket je naik tapi ape2 pun aku bersyukur...(^_^)...Sem depan nak wat yang terbaik lagi...chaiyok ain!!....



Wednesday, February 8, 2012

Harap yang terakhir

Alhamdulillah...program LSP dah pn selesai..hepi sangat2...kat bawah ni antara gambar2 kenangan mase LSP... ^_^

Hari pertama LSP...muka sume ceria2 lagi...huhuhu...ni member aku..atiq, elli n "budak pink" (aku x ingt name dia...walaupn berulang kali aku tanye name dia..hehehehehe)

syidah dan bella ^_^

ni dak2 junior...ermm..aku tak ingat name diorang....(tak ingat ke tak tau...huhuhu)
jai dan kila ^_^


::Alhamdulillah mase LSP ni kitorang hepi walaupun ade masalah bas yang menyakitkan hati...^_^::

Thursday, February 2, 2012

Cinta Shirah (Part 4)

   "Maaf, Encik Ashraf tunggu di luar ye.." kata salah seorang nurse. Ashraf segera membalas "tapi nurse...dia isteri saya". "Ye..saya tau...saya harap Encik dapat beri kerjasama...kami akan lakukan yang terbaik...Encik banyakkan berdoa ye.." jawab nurse terburu-buru.
    Ashraf hanya mengangguk dan berundur beberapa langkah dari pintu wad kecemasan itu. Pintu ditutup.
    Ashraf menangis dan terus berlari ke surau. Dia membuka pintu surau dengan perlahan. Dilihatnya hanya seorang lelaki tua yang berada di dalam surau itu. Lelaki tua itu hanya duduk mengadap kiblat sambil berzikir. Suaranya lembut ketika mengalunkan zikir. Sungguh merdu.
    Ashraf menyapu air matanya. Dia tidak mahu lelaki tua itu mengetahui dia menangis. Ketika Ashraf mengambil wuduk. Ashraf berusaha menahan air matanya tetapi dia tidak berdaya, akhirnya dia melepaskan tangisnya.
    Ashraf membentangkan tikar sejadah. Dia melakukan solat hajat. Dalam sujud terakhir, Ashraf meluahkan segalanya. Dia menangis lagi. Badannya terhenjut-henjut kerana tangisnya. Ashraf lama dalam sujudnya.
    Ashraf memberi salam yang pertama. "Encik Ashraf!" panggil nurse. Mukanya pucat. Ashraf menoleh "Ye saya...". "Isteri Encik......aahh..Encik jumpalah dengan doktor...tadi doktor cari Encik.." jawab nurse itu.
    Ashraf berlari menuju ke ruangan doktor. " Doktor.. bagaimana dengan isteri saya?..." Ashraf berkata sebaik sahaja dia membuka pintu. "Encik Ashraf...kami minta maaf..." balas doktor.


Bersambung....